Sunday, September 8, 2019

Fried TomYam Seafood.

1. Fried TomYam Seefood.

Resepi best, tapi bergantung pada jenis tomyam pes yang iouls guna. Selalu Aku guna TomYum Paste Madam Pum. Tomyam ni dari Thailand, but boleh dapat kat sempadan Perlis (Padang Besar). Disebabkan permintaan daripada Aku dan kawan-kawan aku, so aku menjadi antara dealer di Bangi ni.. (ahhaha..sendir jual, sendiri makan).

Ne resepinyanya, kalau uiols guna udang k. Udang basah tau, Aku tak pernah pulak guna udang kering. Kalau korang ada yang try guna udang kering, update Aku ek..aaakakakakaaak

Since ini adalah resepi campak-campak, sila ikut campak-campak.

Bahan-bahan:
Minyak masak (jangan guna minyak banyak or minyak terpakai; kolestrol)
Udang
Bawang besar
Bawang Putih
Pes Tomyam madam Pum
Sos Tiram (Aku selalu guna cap Megi)
Air (jika perlu)

Cara-cara (Kalau korang tengok bahannyer pun dah boleh imagine methodnya):
1. Tuang minyak dlm sesudu or pandai-pandai uiols lah, ikut citarasa. Nak kolesterol lebih, tuang sebotol.
2. Masukkan pes tomyam, udang,semua jenis bawang. Agak-agak bawang dah layu, masukkan sos tiram.
3. Masa ni, masakan uiols akan jadik agak kering, agak-agak tak nak bagi hangit, masukkan air sedikit demi sedikit, sampai udang masak sempurna. Masak sampai kering.
4. Makan.

p/s: Tak ada letak garam gula kan?.. memang tak perlu letak.. sebab rasanya dah cukup sempurna.
Tapi kalau nak cepat kena diebetis melitus, letak gula sebalang pun boleh.. ahhahaha.

Ikhlas,
Dahlia, makan untuk sihat.

No comments:

Post a Comment

Kesedihan Melanda

Huwaaaa... it happened for 2nd time. Paper aku kena reject lagik.. Kali kedua dah ni.. paper yg sama.. hantar ke conference berbeza. Takde...